CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 24, 2012

Aku Bangkit Kembali...

selamat petang,

Petang yang indah lagi permai ini tiba2 sahaja membuka pintu hati aku untuk kembali mencoret sedikit pengalaman hidup yang telah terjadi dalam hidupku. Setelah berbulan lamanya baru kini aku dapat merasakan sedikit ketenangan walaupon hati ini masih lagi kosong. tapi ape yang aku rasakan  adalah emosiku lebih stabil berbanding sebelum-sebelum ini. 

Apa yang aku mampu ucapkan adalah aku memohon seribu kemaafan kepada semua pihak terutamanya semua rakan-rakan aku yang banyak memberi kekuatan pada aku dalam masa aku gagal mengawal emosi aku. Aku akui, aku memang telah banyak berubah berbanding dulu dan sekarang. Keutamaan aku pada masa ini adalah keluarga aku. Maaf pada semua rakan-rakan ku kerana terlalu banyak janji yang telah aku mungkiri. 

Aku terlalu lemah untuk berhadapan dengan semua ini, sumber kekuatan aku adalah mama dan ayah. Jadi aku sanggup melakukan apa sahaja untuk mereka berdua walaupon terpakse mengekecewakan dan memungkiri janji ku terhadap kawan-kawan ku sekalian. Aku tidak mengharapkan simpati kalian namun aku cuma mengharap sedikit rasa kepahaman kenapa aku jadi terlalu mementingkan keluarga ku dari kalian semua.

 " MAAFKAN AKU "

Aku amat berterima kasih pada seseorang yang banyak menyedarkan aku untuk meneruskankan kehidupan ini dengan senyuman dan kegembiraan yang ikhlas. Walaupon kehadirannya dalam hidupku dalam masa yang terlalu singkat namun aku senang untuk bersamanya. Aku sememangnya tidak pernah berharap untuk menjadi sahabatnya kembali setelah berbagai kisah yang pernah berlaku pada kami. Demi Allah aku tidak pernah berdendam dengan dia. Walaupon telah bertahun2 peristiwa itu telah berlaku, sekarang takdir telah tunjukkan segalanya walaupon memakan masa yang lama. Setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan dan setiap kejahatan akan dibalas dengan kejahatan.

Sememangnya kehadiran dia telah banyak menyinari hidupku. Aku menjadi semakin matang dan dapat mencari kembali MAI yang suatu ketika dahulu telah hilang. Apa yang aku mampu harapkan adalah aku dan dia dapat menjadi sahabat yang baik kerana dia adalah sumber kekuatan aku untuk mulaka kehidupan baru. Aku tidak mengharapkan sesuatu yang lebih dari ikatan persahabatan ini kerana sememangnya dari dahulu lagi aku memang mengidamkan untuk menjadi sahabat baiknya. Mungkin dulu hajat itu tidak kesampaian tetapi aku berdoa semoga apa yang aku hajati untuk menjadi sahabat dengan dia akan kesampaian buat kali ini. Selebihnya aku hanya mampu mengharap takdir yang menentukan segalanya.

TERIMA KASIH SAHABAT...=D


saya tak mungkin membenci awak. Saya akan selalu doa untuk awak...

Tuesday, July 26, 2011

berpikir

huh...kenapa  boleh jadi teruk cam nie sekali???
aper yg dah merasuk diriku ini
kenapa terbuai dan leka dengan kenangan silam...

aku perlu bangkit
dan
melupekan segalanya..

semoge aku akan mendapat kekuatan untuk melupekan semuanya
=)


Wednesday, July 13, 2011

andai awak tahu!!!

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

hidup tak selalu indah

kadang2 kiter akan rase sangat heppy
kadang2 juge  kiter akan rase sangat sedih
perasaan gembire,bahagia,seronok,sedih,kecewa menjadi asam garam kehidupan manusia

kadang2 kiter akan peroleh semua yg kiter impikan
saat itu kiter dapat rasekan kiter adalah seorang insan yg paling bertuah 
bagaikan satu dunia kiter ingin khabar kan tentang kegembiraan kiter itu

namun....

kadang2 juge kiter tidak dapat memiliki segala impian  yg kiter angan2 kan
saat itu hanya perasaan kecewa yang menguasai diri kite
marah dan menyesal juge tidak akan bergune lagi
segalanya adalah takdir

sebagai seorang manusia yg beriman kiter perlu menerima segala takdir yg telah ditetapkan
hanya keimanan dan ketaqwaan yang mampu menguatkan semangat kiter
dan hanya kepadaNYA kiter berserah dan berdoa

Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah

P/S:setiap apa jua yang berlaku pasti ader hikmahnya. yang paling perlu adalah kesabaran dan ketabahan menghadapi segala dugaan. 

.:secebis coretan untuk menengkan perasaan ini



Monday, July 11, 2011

rindu!!!!!!!!!!

aku rindu die
uhuh..
:(

Friday, June 10, 2011

angan2 vs realiti

rasenye dah lame giler x conteng2 dalam blog yg sungguh uzur nie...xpe3 janji tulis walaupon tulis bende2 yg mengarut..betul x maii..:D

kali nie seriuss kite dah jatuh hati kat die...walaupon terpakse tunggu lame kite tetap akan tunggu die.masanya pasti tibe...bulan ogos yang dinanti2....@#$%^


Mystical Purple memang meletuppp laaa.... 
"mama ayah adik nak yang nie..nak yg elegence...".
kerete myvi baharu nie launching 16 jun 2011 nie.seminggu lagi.xsabar nyer nak tengak face 2 face...hahaha.tp disebab kan nak kaler ungu nie terpakse tunggu sampai bulam ogos..oh lambatt nyeee...xsaba nak tengok...

erkkk...lagi lame tenung bende nie makin x tahan rasenye...sabarrrrrrr2...
marilah berdoa semoga dapat milikinya...hahahah..:D


Wednesday, May 18, 2011

LAPORAN dari dalam Dewan Peperiksaan.

hari nie 18 mei 2011 tepat pukul 2.30 petang kiter akan menduduki peperiksaan untuk paper yang ke-4. bangge dah 4paper org laen baru 2 paper.(u laen dah berzaman habis...arkkkk..)

dengan mood yang memang kelaut, ditambah2 lagi dengan kesakitan bulanan memang sangat seksa menapak ke dewan peperiksaan. Dewan TSO menjadi saksi betapa bertungkus lumusnya budak2 fakulti sains kuantitatif berjuang tok jawab paper ARENA yang tercinte..hujan ribut yang melanda bumi sintok sanggup kami redahi semata2 untuk jawab ARENA yang comel nie.

malang memang x berbau. dengan kebasahan akibat hujan terpakse gak merempuh dewan exam yang giler sejuk nak mampus 2. rase cam dah tinggal kat korea plak sampai wat badan jadi beku. bile tengok soalan1 terketar mate nak bace.tengok soalan2 tercabut urat tangan nak tulis. soalan3 pen hanya mampu berdiri tegak. soalan4 bibir bergetar2 rase nak cium3 kertas 2. lastly soalan5 otak jadi kejang terus. inilah tanda2 budak pandai jawab soalan exam dalam erti kate laen study berguni2 tapi satu soalan pon x mampu nak jawab

tarik nafasss dalam2 lepaassssss.....pandang lantai pandang siling moge2 dapat jawapan. tenung kiri tenung kanan papppppp..."mase menjawab tinggal 15 minit. semua calon dilarang keluar dr dalam dewan peperiksaan sehingga waktu tamat.".wwwaaarrgggggg....akibat sangat fokus bace soklan sampai x sedar rupe2 nyer waktu exam dah dipendekkan dr 2jam 30 mint kepada 2 jam.....tiiiidakkkkkk...

abis laa...1st seumo hidup ini mengahantar kertas jawapan yang sgt kosonggggg....kiter jek yg rase susah nak mampus atau orang laen pon same....tibe2 timbul penyesalan dihati kenape x study soklan yg lectre x penah ajarrr...kejam nyerrrrrr lectureeeeeeeeee....

keluar dewan exam dengan otak yg kusut. tengok muke kawan2 laen yang mampu gelak macam orang gile sebab soalan senang sangat3 sampai leh dapat A++++

buat lecturer yang kacak lg hensem...tolong laaa trunkan markah examm...kami student UUM xmampu nak jawab soalan ARENA yang comel sgt2 2...kami sayang lecturer kami...SEKIAN...
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers