selamat petang,
Petang yang indah lagi permai ini tiba2 sahaja membuka pintu hati aku untuk kembali mencoret sedikit pengalaman hidup yang telah terjadi dalam hidupku. Setelah berbulan lamanya baru kini aku dapat merasakan sedikit ketenangan walaupon hati ini masih lagi kosong. tapi ape yang aku rasakan adalah emosiku lebih stabil berbanding sebelum-sebelum ini.
Apa yang aku mampu ucapkan adalah aku memohon seribu kemaafan kepada semua pihak terutamanya semua rakan-rakan aku yang banyak memberi kekuatan pada aku dalam masa aku gagal mengawal emosi aku. Aku akui, aku memang telah banyak berubah berbanding dulu dan sekarang. Keutamaan aku pada masa ini adalah keluarga aku. Maaf pada semua rakan-rakan ku kerana terlalu banyak janji yang telah aku mungkiri.
Aku terlalu lemah untuk berhadapan dengan semua ini, sumber kekuatan aku adalah mama dan ayah. Jadi aku sanggup melakukan apa sahaja untuk mereka berdua walaupon terpakse mengekecewakan dan memungkiri janji ku terhadap kawan-kawan ku sekalian. Aku tidak mengharapkan simpati kalian namun aku cuma mengharap sedikit rasa kepahaman kenapa aku jadi terlalu mementingkan keluarga ku dari kalian semua.
" MAAFKAN AKU "
Aku amat berterima kasih pada seseorang yang banyak menyedarkan aku untuk meneruskankan kehidupan ini dengan senyuman dan kegembiraan yang ikhlas. Walaupon kehadirannya dalam hidupku dalam masa yang terlalu singkat namun aku senang untuk bersamanya. Aku sememangnya tidak pernah berharap untuk menjadi sahabatnya kembali setelah berbagai kisah yang pernah berlaku pada kami. Demi Allah aku tidak pernah berdendam dengan dia. Walaupon telah bertahun2 peristiwa itu telah berlaku, sekarang takdir telah tunjukkan segalanya walaupon memakan masa yang lama. Setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan dan setiap kejahatan akan dibalas dengan kejahatan.
Sememangnya kehadiran dia telah banyak menyinari hidupku. Aku menjadi semakin matang dan dapat mencari kembali MAI yang suatu ketika dahulu telah hilang. Apa yang aku mampu harapkan adalah aku dan dia dapat menjadi sahabat yang baik kerana dia adalah sumber kekuatan aku untuk mulaka kehidupan baru. Aku tidak mengharapkan sesuatu yang lebih dari ikatan persahabatan ini kerana sememangnya dari dahulu lagi aku memang mengidamkan untuk menjadi sahabat baiknya. Mungkin dulu hajat itu tidak kesampaian tetapi aku berdoa semoga apa yang aku hajati untuk menjadi sahabat dengan dia akan kesampaian buat kali ini. Selebihnya aku hanya mampu mengharap takdir yang menentukan segalanya.
saya tak mungkin membenci awak. Saya akan selalu doa untuk awak...






No comments:
Post a Comment