kenapa berlaku pada diri ku
aku bukan pembuat keputusan yang baik
aku takut keputusan aku akan mengecewakan orang lain
tapi bagaimana dengan perasaan aku sendiri...
bukan niat aku ingin mempermainkan hati insan lain
namun aku belum cukup bersedia untuk ini semua
aku tidak kuat untuk berdepan dengan takdir yang berlaku
aku takut kekecewaan yang bakal aku terima..

kenapa begitu sukar untuk aku melihat keikhlasan hati kau
aku tau kau betul2 ikhlas terhadap diriku
cuma aku risau aku tidak mampu terima dirimu seadanya
dan aku juga tidak yakin kau mampu menerima kekurangan
yang ada dalam diriku ini.
maafkan aku kerana tidak memberi kepercayaan padamu
walaupon hatiku meronta2 utk mempercayai setiap bait kata dari kau
wahai jejaka tunjukkan la keikhlasan hati mu terhadap ku
kau bukakan la pintu hati aku supaya kau dapat
mengisi taman yang kau mahukan itu
aku sentiasa berdoa agar ko berubah kerana dirmu sendiri
ak tidak mahu kau melakukan ini semua hanya untuk diriku
kelak aku tidak mahu kau kecewa andai aku tidak mampu
memenuhi janjiku
aku juga takut klau kelak kau merobek hatiku
ak tidak mampu menerima kekecewaan setelah kau semaikan
baja didalam taman hatiku yang kau janji untuk menjaga sebaiknye
andai kau dpt membaca aper yang aku coretkan ini
pasti kau mengerti isi hatiku ini kerana kau begitu sabar menanti
kerenahku selama ini
namun kenapa diriku masih keliru dengan keikhlasan kau..








No comments:
Post a Comment